Menulis Untuk Mencetus Pengetahuan, Menulis Untuk Pencerahan Ilmu,Menulis Untuk Mencari Ilahi...

Saturday, August 20, 2011

Nak baca doa apa ni???

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni
“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”
Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).”
Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850).

Ulama membicarakan mengapa perlu doa ini yang dibaca??? Kenapa tidak,bila bertemunya kita dengan malam yang dijanjikan Allah ini sebagai lebih baik dari 1000 bulan, kita tidak diajar supaya berdoa agar diberi kesihatan tubuh badan, kekayaan yang melimpah ruah, anak-anak yang soleh, negara yang makmur??? Kenapa??? Tidak pula kita diminta agar berdoa agar Islam terus menang dan gah di puncak kejayaan... Tapi Nabi mengajar agar kita membaca doa di atas...

Pernahkah kita berfikir, betapa semua perkara tidak berguna dan ada juga diantaranya yang tak mungkin dicapai sekiranya jiwa kita tidak disucikan dengan pengampunan daripadanya... Berapa banyak kaum yang Allah binasakan setelah mereka ingkar kepadaNya...Qarun juga dibinasakn walau sekaya mana pun ia...Fir'aun juga dicelakakan walau sehebat mana pun dia.. Begitu juga berapa banyak kaum yang Allah binasakan setelah mereka mengingkari nikmatNya..

Apa mungkin kita mengimpikan kesihatan dan kekayaan, andai pinjaman itu kelak akan dipersoalkan di hadapan Tuhan kerana kegagalan kita dalam menguruskan kesihatan dan kekayaan itu selari dengan fitrah yang selayaknya.. Mana mungkin kita beroleh negara yang makmur andai tidak ditadbir oleh orang yang sentiasa takut dan mengharapkan rahmat Allah...sedang pendapatan zakat kian bertambah,sedang itu juga kemiskinan semakin memuncak..yang kaya semakin kaya,yang miskin semakin miskin..rasuah semakin berleluasa,maksiat usah ditanya..bini mu bini ku jua!!!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Apakah kamu mengimpikan anak-anak yang soleh? Benih yang buruk, mampukah dituai hasil yang baik?? Begitu juga andai kita mengimpikan agar Islam terus menang..kita bertanya-tanya sampai bila Islam harus ditindas..tapi apakah kita sedar yang kita sangat jauh dengan Islam..terlalu jauh..berdoalah apa saja,andai tiada keampunan daripadanya,apa mungkin dikabulkanNya???

Kerana itulah kita diajar agar berdoa sedemikian rupa bila bertemu malam al-Qadar..betapa Islam gemilang satu ketika dulu kerana doa mereka tidak terhijab..mereka sering memohon keampunan Allah..lalu di manakah kita??? Renung-renungkanlah...

Thursday, August 18, 2011

Tan Sri Harussani Pembohong!!!

Beberapa tahun sebelum ini,Malaysia digemparkan dengan kenyataan yang kononnya dianggap melampau oleh Tan Sri Harussani berkenaan isu pemurtadan umat Islam di Malaysia...bahkan ada yang melemparkan kenyataan bahawa apa yang diperkatakan oleh beliau sebagai satu pembohongan..namun setelah sekian lama,hal ini seolah telah dilupakan...
4 Ogos 2011,gereja pula diserbu oleh pihak JAIS...Gereja Methodist Damansara Utama ini diserbu atas tuduhan cuba untuk menyebarkan fahaman Kristian kepada beberapa individu Islam..lalu kali ini banyak pula kritikan yang dilemparkan kepada JAIS kerana kegagalan mereka untuk melaksanakan tindakan tanpa mengikuti prosuder sebenar..sejauh mana kebenarannya,wallahua'lam...
Pastinya dalam isu sebegini,akan ada yang membela dan membangkang..lalu pihak mana yang benar..pembela tindakan JAIS atau pihak yang membangkang tindakan ini???
Hari ini 18 Ramadhan,timbul pula isu baru..Ibu bapa perlu memantau anak-anak..terdapat guru-guru yang menyebarkan dakyah Kristian kepada anak-anak di sekolah..itu yang sempat saya lihat ketika berita disiarkan dikaca televisyen hari ini...selepas ini,entah isu apa lagi...
Saya tertarik dengan kenyataan seorang Ustaz mengenai isu ini..dalam satu artikelnya,beliau menyatakan kelemahan sistem pengagihan zakat antara punca mereka yang lemah iman dan ekonominya untuk mendekati agama lain yang lebih mesra dan prihatin terhadap mereka..sudah pastinya ramai yang bersetuju kerana manusia sememangnya mudah tertarik dengan orang yang memberikan perhatian kepada mereka..itulah antara uslub dakwah yang telah dipraktikkan oleh baginda Muhammad s.a.w..pentingnya daya tarikan..
Dalam satu artikelnya yang lain pula,beliau menyatakan Islam adalah agama hujjah..maka tidak perlu kepada tindakan JAIS seperti menyerbu gereja baru-baru ini..lalu beliau berkira-kira,andai kata agama Islam disebarkan di masjid-masjid luar negara (yang bukan negara Islam)..adakah mereka juga perlu diserbu oleh pihak berkuasa negara mereka???Menurut beliau lagi, sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS..
Mungkin ada kebenaran pada mereka yang mengemukakan hujah-hujah itu..namun,perlukah sehingga JAIS dihenyak ke dasar kerana tindakan jabatan itu sebagai jabatan yang menjaga perihal agama Islam di Selangor untuk bertindak sedemikian...ada pula blog yang langsung tidak memperkenalkan diri mereka di situ,lalu terpekik terlolong mendakwa JAIS dan polis-polis yang terlibat tidak tahu menjalankan tugas dengan betul..
Beginilah realitinya kita..sudah terhantuk baru nak tergadah..kita seharusnya peka sememangnya usaha dakyah sentiasa giat dilakukan untuk menyelewengkan akidah umat Islam..namun ini bukanlah satu usaha yang baru bermula sehari atau dua hari,namun telah bermula ribuan tahun dahulu...di awal pemerintahan Khalifah Islam juga sudah ada usaha seperti ini..buat yang buta sirah,Peperangan Islam-Riddah adalah buktinya..
Buat JAIS,mungkin silapnya konon tidak mengikuti prosuder yang sebenar..bahkan menyerbu rumah ibadah agama lain,mungkin itu yang dipertikaikan..golongan penguasa agama seharusnya lebih peka berkenaan perkara ini..saya pasti,tentunya ada hujjah yang relevan mengapa JAIS bertindak sedemikian..sekalipun tindakan kali ini dianggap kurang bijak oleh banyak pihak walaupun matlamatnya untuk mempertahankan akidah umat Islam...
Buat pihak yang hanya tahu melemparkan tuduhan dan tohmahan,sudah benar-benar menyelidik atau bagaimana???tidak salah memberi pandangan,namun jangan keterlaluan..kita berusaha untuk menjernihkan,bukan mengeruhkan..sudahlah sekian lama institusi agama diperlekehkan dan dipandang rendah..jangan nanti kelak di Malaysia,institusi agamanya juga akan terkubur..
Diharap dengan berlakunya isu seperti ini,kerajaan akan lebih mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap gerakan dakwah di Malaysia..kalau dulu kenyataan Tan Sri Harussani dianggap sebagai satu pembohongan,maka hari ini hal ini perlu dicerahkan kembali..diharap isu JAIS kali ini dapat membuka mata pemerintah untuk lebih peka terhadap perkara ini..bukan sekadar kita mendabik dada Malaysia sebuah negara Islam,tetapi seharusnya dipelihara dan diperkasa agar ianya tidak hanya menjadi kebanggaan semata-mata..Wallahua'lam..
p/s:dah tiba masanya pembahagian zakat dibahagi dengan seadil-adilnya...jangan salahkan agama lain semata-mata kalau umat Islam lari dari agamanya kerana kemiskinan yang melanda...

Wednesday, August 17, 2011

USTAZ RAMAI,TAPI TAK BERILMU...

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi (mencari ketenangan dan menginsafi diri)..jari jemari kurniaan Ilahi ini perlu dimanfaatkan kembali..
17 Ramadhan..pagi yang sungguh hening..seusai Qiamullail di masjid,saya bersahur bersama jemaah yang lain..subuh kali ini amat menggembirakan..manakan tidak..jemaahnya menyamai jemaah maghrib..Alhamdulillah..
Selesai solat subuh,al-fadhil ustaz memberikan ceramahnya..tenang sungguh bila melihat wajahnya..mungkin berkat amalan dan keaqrabannya dengan Allah,maka terpancar nur soleh pada dirinya..banyak pengisian yang saya terima pagi ini..
"Antara ilmu dan maklumat adalah 2 perkara berbeza..ramai orang yang hanya mempunyai maklumat,tapi tidak berilmu"..kata ustaz..
Lantaran itu saya teringat satu petikan Imam Al-Ghazali:"Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang apabila kita mempelajarinya,maka akan semakin dekat kita kepada Allah SWT"..
Ya,inilah sebabnya...kata-kata sahabat sepengajian benar-benar melukakan hati bagi penuntut ilmu Allah seperti saya..ketika sedang enak menjamu selera,kami bergurau dan berbual-bual mengenai isu dunia hari ini..lantas timbul isu mengenai orang-orang yang kononnya bergelar Ustaz,tapi sanggup melakukan banyak perkara terkutuk..tiba-tiba terpacul dari mulut seorang sahabat pengajian Islam :ahhh...Ustaz hari ni pun dah tak bolah pakai...masyaAllah..seorang pelajar Usuluddin bolah berkata begitu..seorang pelajar Quran Sunnah menyampuk dan mengiyakan kata-kata itu..di hadapan sahabat-sahabat dari jurusan lain,terasa sangat hina dengan kenyataan itu..sahabat-sahabat lain memandang saya.."ha,apa komen Imam Muda?"..sekadar senyuman kelat yang mampu saya lemparkan..senyum yang langsung tiada kemanisan di dalamnya..
Sehingga hari ini saya tertanya-tanya di mana silap kita..akhirnya kuliah subuh 17 ramadhan ini memberi jawapan buat saya..pada saya memang ramai Ustaz-ustaz di Malaysia..asalkan keluar dari Pengajian Islam,pondok-pondok,madrasah dan pesantren..maka dengan mudah mereka ini dipanggil Ustaz..ada pula yang langsung tiada asas pengajian Islam yang kukuh,tetapi berani mengajar berkenaan Islam,maka mereka ini juga dipanggil Ustaz...sebenarnya jika melihat kepada sistem pengajian hari ini,kita hanya ditawarkan untuk mempelajari maklumat agama,bukan ilmu agama..niat kita bila hadir ke kuliah-kuliah cuma untuk menggengam segulung ijazah yang membolehkan kita memperolehi pekerjaan yang bagus..seorang Ustaz...
Renung-renungkanlah kembali tempat kita..bukan gelaran ustaz itu yang harus dipersalahkan,tapi golongan yang hanya mengambil maklumat semata-mata tanpa mengira ilmu Allah yang luas itu untuk dimiliki..ilmu yang seharusnya bila dipelajari,maka semakin hampir kita kepada Allah..itu yang seharusnya dicari..justeru,memang ramai Ustaz hari ini,tapi ramainya adalah hanya bermaklumat,tapi tidak berilmu...
Wallahua'lam

Wednesday, September 29, 2010

Pegang Babi Tak Berdosa, Pegang Anak Dara Orang Berdosa

“Kalau kita pegang babi hukumnya tidak berdosa, najis babi boleh disamak. Tapi kalau kita pegang perempuan yang bukan mahram, itu berdosa. Nak cuci dengan apa? Nak samak dengan apa?” ini antara petikan dari ceramah Ustaz Kazim.

Isu sebenarnya adalah bersalam-salaman dengan wanita yang bukan mahram. Bila tiba hari raya, kita semua berkumpul bersama. Seolah-olah semua yang berkumpul di situ adalah mahram kita. Kita bersalam-salaman tanpa mengira batas. Jadi apa hukumnya?

Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian!

Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab, sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan di antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan sesuatu yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan di dalam masyarakat.

Namun akhir-akhir ini didapati bahawa bersalam atau berjabat tangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira batas hukum syarak, sehinggakan gejala bersalam atau berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram menjadi semakin berleluasa dan semakin diterima di dalam masyarakat. Apatah lagi apabila bertemu dengan pemimpin, maka bukan sekadar berjabat tangan tetapi ada yang sanggup mencium tangan pemimpin tersebut sedangkan tidak ada ikatan mahram di antara mereka!

Begitu juga dengan pengalaman saya mengikuti program khidmat sosial. Sekalipun kita telah diterima sebagai anak angkat. Adakah dengan ikatan keluarga angkat itu, ia memberi lesen yang besar kepada kita untuk bersalaman? Kadang-kadang timbul isu, apakah perlu kita menyambut huluran salam yang diberikan oleh keluarga angkat kita? Tak di salam, nanti kata tak menjaga air muka mereka. Dah bersalam, apa pula hukumnya?

Fenomena seumpama ini sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin parah yang akhirnya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malahan akan turut menghakis nilai-nilai murni dan adab tatasusila yang diamalkan dalam masyarakat Melayu selama ini. Walaupun para ulama’ mengharuskan seseorang lelaki berjabat tangan dengan wanita yang sudah tua yang sudah tidak ada lagi keinginan syahwat (rujuk dalam Fatawa Mu’asirah oleh Yusuf al-Qaradawi), namun ia janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk sewenang-wenangnya membudayakan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.

Kadang-kadang yang melakukan hal ini adalah sahabat-sahabat saya, ahli keluarga saya. Saya yakin dan percaya, mereka mempunyai dalil serta alasan yang kukuh atas pelakuan mereka itu. Perkara ini nampak remeh, tetapi ia sebenarnya adalah masalah hukum dan terkadang sukar untuk kita mengelaknya.

Berikut saya sampaikan artikel dari ulama terkini, semoga bermanfaat.

Larangan Berjabat Tangan dengan Wanita yang Bukan Mahram

Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali
Friday, 06 February 2009
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Lebih baik kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya,” (Hasan, HR ath-Thabrani dalam al-Kabir (174).
Diriwayatkan dari Umaimah binti Ruqaiqah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya aku tidak akan menjabat tangan wanita. Sesungguhnya ucapanku untuk seratus wanita sama seperti ucapanku untuk satu orang wanita (yakni dalam membaiat mereka),” (Shahih, HR Malik [II/982], at-Tirmidzi [1597], Ibnu Majah [2874] dan Ibnu Hibban [4553]).

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru r.a, bahwasanya Rasulullah saw. tidak pernah menjabat tangan wanita ketika mengambil baiat wanita (dari para wanita),” (Shahih lighairihi, HR Ahmad [II/213]) dan al-Humaidi [368]).

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata, “Demi Allah, tangan Rasulullah saw. tidak pernah menyentuh tangan wanita ketika membaiat. Beliau membaiat mereka hanya dengan ucapan, “Aku telah membaiatmu untuk ini dan ini,” (HR Bukhari [4891]).

Kandungan Bab:
Haram hukumnya menyentuh wanita yang tidak halal bagi seorang lelaki. Tidak diragukan lagi ancaman yang berat tersebut menunjukkan pengharamannya.
Haram hukumnya berjabat tangan dengan wanita (yang bukan mahram) karena termasuk menyentuh. Telah diriwayatkan secara shahih bahwa Rasulullah saw. tidak pernah menjabat tangan wanita dalam membaiat apalagi ketika bertemu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw. menjabat tangan wanita dengan alas tangan. Namun riwayat-riwayat tersebut adalah riwayat mursal yang tidak bisa dijadikan hujjah, apalagi riwayat tersebut bertentangan dengan hadits yang shahih dan jelas dari perkataan dan perbuatan Rasulullah.

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi’i, 2006), hlm. 3/58-59.
Di sini saya meletakkan beberapa dalil yang membolehkannya:

Sedangkan pendapat yang membolehkan dasarnya adalah riwayat yang menunjukkan bahwa tangan Rasulullah Saw bersentuhan (memegang) tangan wanita.

1. Diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. yang berkata:

Kami membaiat Rasulullah Saw, lalu Beliau membacakan kepadaku : Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu dan melarang kami melakukan nihayah (menangisi mayat), kerana itulah seorang wanita dari kami menggenggam (melepaskan) tangannya (dari berjabat tangan) lalu wanita itu berkata: Seseorang (perempuan) telah membuatku bahagia dan aku ingin (terlebih dahulu) membalas jasanya dan ternyata Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa. Lalu wanita itu pergi kemudian kembali lagi. [HR. Bukhari].

Hadits ini menunjukkan bahwasanya kaum wanita telah berbaiat dengan berjabat tangan. Kata ‘qa ba dha’ dalam hadits ini memiliki erti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang berarti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tanganya dari memegang sesuatu). (Lihat A.W. Munawwir, Kamus Al-Munawwir, hal. 1167).

Hadits yang diriwayatkan oleh Ummu Athiyah r.a. ini yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram. Namun demikian kebolehan tersebut dengan syarat tidak disertai syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram.

Kedua, diriwayatkan dari Aisyah r.a. yang berkata:

Seorang wanita mengisyaratkan sebuah buku dari belakang tabir dengan tangannya kepada Nabi Saw. Beliau lalu memegang tangan itu seraya berkata, Aku tidak tahu ini tangan seorang lelaki atau tangan seorang wanita. Dari belakang tabir wanita itu menjawab. Ini tangan seorang wanita. Nabi bersabda, Kalau engkau seorang wanita, mestinya kau mengubah warna kukumu (dengan inai). [HR. Abu Daud].

Selain itu Rasulullah Saw pernah berjabat tangan di dalam air, dalam benjana pada saat membai’at wanita, pernah juga Rasulullah Saw berjabat tangan dengan alas kain. Juga diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw pernah menyuruh Umar bin Khaththab r.a untuk mewakili beliau dalam bai’at dan bai’at ini dilakukan dengan berjabat tangan. Kalau memang berjabat tangan (menyentuh) dengan wanita diharamkan, tentunya Rasulullah Saw tidak akan melaksanakannya baik secara langsung maupun dengan perantara apapun. Juga tidak mungkin Rasulullah Saw memerintahkan Umar bin Khaththab r.a. melakukan jabat tangan (menyentuh) dengan wanita yang bukan mahram, sebab hal tersebut adalah perbuatan yang haram. Akan tetapi ternyata yang terjadi justru sebaliknya.

Juga kalau memang berjabat tangan (bersentuhan) antara lawan jenis yang bukan mahram itu diharamkan, tentunya Daulah Khilafah (negara Khilafah) tidak akan membiarkan kondisi-kondisi atau keadaan yang sangat memungkinkan terjadi persentuhan. Bahkan Daulah akan memberikan hukuman bagi yang melakukannya. Ternyata tidak ada satu riwayatpun yang menyatakan bahwa Daulah pernah melakukannya. Dan bahkan Daulah tidak pernah memisahkan antara jama’ah haji lelaki dan wanita, juga antara lelaki dan wanita di pasar walaupun kondisi tersebut akan menyebabkan terjadinya bersentuhannya lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Kesimpulan:

Seperti yang saya katakan di awal tadi, masing-masing mempunyai hujah di atas perbuatan masing-masing. Atas jalan mana yang mahu kita ikuti, terpulanglah. Tapi adalah lebih baik seandai kita mengambil jalan yang paling selamat.

Allah swt telah berfirman dalam surah al-Nur ayat 30-31 bermaksud: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat (merendahkan) pandangan mereka (daripada memandang wanita yang bukan mahram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (merendahkan) pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka…..”.

Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan agar orang lelaki dan perempuan agar menjaga dan merendahkan pandangan mereka daripada melihat sesuatu yang diharamkan seperti melihat orang yang bukan mahram sehinggakan boleh menimbulkan syahwat. Oleh itu, ajaran Islam mengharamkan seseorang lelaki melihat kepada wanita yang bukan isterinya atau wanita yang bukan mahramnya. Hal ini tidak pula bermaksud kita dikehendaki memejamkan mata ketika bertemu dengan orang yang bukan mahram, tetapi apa yang dimaksudkan ialah kita dilarang melihat berulang-kali terhadap seseorang yang bukan mahram kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan fitnah.

Sekiranya memandang kepada wanita yang bukan mahram pun dilarang dalam hukum syara’, sudah tentu bersalam dan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram lebih-lebih lagi dilarang. Cubalah kita fikirkan, manakah yang lebih menimbulkan syahwat dan fitnah, memandang dari jauh atau bersalaman dan berjabat tangan yang melibatkan persentuhan kulit dengan kulit? Tepuk dada, tanya iman!.

Wednesday, September 8, 2010

Nota akhir Ramadhanku

Hari ini genap 30 hari umat Islam menunaikan fardhu Ramadhan.Terlalu cepat masa berlalu,esok pastinya menjanjikan hari lain untuk aku,kamu dan kita semua.Apa mungkin diri ini bergembira dengan pemergiannya?

Dalam kegembiraan insan lain untuk meraikan hari kemenangan esok,aku masih lagi tercari-cari di mana kegembiraanku yang sebenarnya. Di mana silapnya? Aku sendiri tidak pasti. Kegembiraan itu sebenarnya telah lama hilang dalam diriku.

"Tahun ni adik-adik perempuan beraya dengan mak ye, along dan ucu beraya dengan ayah". Seperti biasa, raya yang hadir langsung tidak membawa erti bahagia untukku. Semakin aku mencarinya, semakin aku sakit. Terlalu sakit. Ingin ku salahkan siapa? Segala yang berlaku sudah ditentukan. Pastinya sebagai anak sulong, keperitan dan bebanan adalah suatu yang hakiki untukku. Segala cita-citaku yang menggunung terpaksaku lupakan kerana bebanan ini. Aku tidak tega untuk melarikan diri dari masalah ini walau aku mampu untuk melakukannya.

Aku mungkin hanya mampu melemparkan senyuman palsu untuk eidul fitri kali ini. Gembira yang ada hanyalah kerana kepuasanku yang mampu meninggalkan Ramadhan dengan pengabdian ku pada Tuhan. Syukur, mungkin segala musibah ini adalah untuk mendewasakanku. Berapa ramai insan yang hebat itu bermula dengan permulaan hidup yang perit dan menyiksakan. Semuanya adalah tarbiyyah. Ilmu yang paling berharga pastinya pengalaman yang tidak mungkin mampu untuk dibeli walau di mana pun.

Pada Ramadhan yang bakal pergi, aku akan sentiasa menanti kehadiranmu nanti. Kemenanganku hari esok, pasti kan ku sambut dengan takbir dan tahmid ku kepadaNya. Biar betapa peritnya perjalanan hidup ini kelak, ia mesti diteruskan. Pencarianku hanya Tuhan...hanya Dia...

Selamat tinggal Ramadhanku..."Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza".

Monday, August 30, 2010

81 000 anak luar nikah bersepah di Malaysia?

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Bukanlah saya ini insan yang layak untuk mengulas perkara sebegini. Cuma akhirnya saya terpanggil untuk memberikan komen tentang isu ini. Dalam satu perbincangan semasa mengikuti kuliah Kaunseling Islam, kami diminta untuk memberikan pendapat masing-masing berdasarkan perspektif 'Kaunseling'. Pelbagai pendapat yang diutarakan, ada yang bernada keras dengan menyalahkan media-media tertentu dan ada juga yang bersederhana dalam memberikan pendapat.

Isu anak luar nikah dan pembuangan bayi bukanlah satu isu yang baru diperdengarkan kepada kita. Alah bisa tegal biasa, begitulah mungkin bunyinya. Pelbagai cara diperbahaskan untuk mengatasi hal ini. Ahli politik dengan pandangannya, ahli fikir dengan fikiran mereka, ahli agama dengan pegangan mereka. Lalu siapakah yang harus kita ikuti sedang hal ini seakan langsung tiada jalan penyelesaiannya.

Kita mengimbau kembali zaman ayah dan ibu kita dahulu. Bagaimana nilai yang pernah diterapkan dalam diri mereka dahulu, kini sudah semakin hilang entah ke mana. Berbicara soal nilai, apa yang dapat kita perhatikan sebenarnya? Kalau dulu, tinggal di kampung, pastinya keberatan untuk ber'couple-couple' kerana orang-orang tua di kampung pasti kenal anak si pulan dan si pulan. Mudah untuk ditegur. Kalau ada anak-anak yang buat silap, tanggungjawab untuk menegur bukan hanya dibahu ibu bapa, tapi pada semua warga kampung tersebut.

Zaman sudah berubah. Anak-anak zaman sekarang, pantang untuk ditegur. Silap hari bulan, kita pula yang disaman dek kerana menceroboh hak individu. Cuba kita lihat, anak remaja yang duduk berpeleseran sambil bercumbu-cumbuan dengan pasangan mereka di tempat awam, siapa yang berani menegur? Pemandangan anak muda berjalan sambil berpeluk-pelukan, duduk bertepuk tampar, hilai tawa yang menggila tanpa mengira jantina dan pelbagai aksi lagi. Siapa yang berani menegur? Kalau berani, tegurlah mereka ini. Paling hebat pun, sekadar menggeleng kepala. Nak ditegur, kita pula yang dihentamnya nanti. Tinggallah penguatkuasa agama yang memiliki kad kuasa sahaja yang mampu untuk menegur mereka ini. Itu pun cuma dalam bidang kuasa tertentu sahaja. Pernah saya berjalan dengan seorang penguatkuasa dan pada masa itu saya melihat sepasang remaja yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan dan berpeluk-pelukan. Bila ditanya kenapa tidak ditegur pasangan tersebut, alasan yang diberikan mudah. Kerana susah untuk disabitkan kesalahan. Nah! Apakah yang boleh disabitkan kesalahan hanya mereka yang bercumbu-cumbu di dalam kereta atau di taman-taman, yang sudah bermesra-mesra di katil 'kondo' atau di hotel-hotel? Marah, tapi itulah realiti hari ini.

Pernah juga saya menegur pasangan yang sedang bercumbu-cumbu di sebuah taman. Bukan mereka yang disoal siasat, tapi saya pula yang disoalnya. "Lu siapa brother? Wa ada kacau lu ke?" Belum sempat berhujah, sudah dipanggil 'geng-geng' mereka. Natijahnya, saya terpaksa beredar jugalah dari situ. Tapi itu tidak bermakna semangat saya untuk agama sudah luntur, mungkin itu hari baik untuk mereka mempertahankan diri. Senarionya begitulah, pantang ditegur, pasti melatah. Di mana nilai kita sebenarnya? Menelusuri hari kemerdekaan yang ke-53 hari ini, sudah tiba masanya untuk pihak pemerintah mengkaji semula apa erti merdeka sebenar rakyat Malaysia.

Kerana itu, tidak hairan bagi saya jika kes anak luar nikah dan pembuangan bayi bersepah-sepah diluar sana. Hari ini, penyelesaiannya agar diwujudkan tabung uji DNA, dipermudahkan khitbah dan pelbagai lagi jalan penyelesaian yang diberikan. Bila jalan ini diberikan, pasti ada saja yang membantah. Pada saya, isunya bukan bantahan itu, tapi setakat mana jalan yang diberikan itu mampu menyelesaikan masalah yang berlaku hari ini. Pernah saya diminta pandangan oleh seorang sahabat tentang isu ini, saya katakan 'dalam hal ini, laksanakan mengikut cara Islam'. Jawab sahabat saya, itu kalau dari pandangan kau sebagai orang agama, bagaimana kalau dengan orang yang bukan dari bidang agama?' Nah! Apakah isu anak luar nikah dan pembuangan bayi ini bukan hal agama? Anda fikirlah.

Analoginya mudah, orang yang selesema lalu diberikan ubat gastrik, adakah tepat tindakan itu? Pastinya tidak. Ubatnya tidak kena. Begitu juga hal ini. Isunya bukan pembuangan bayi mahupun anak luar nikah. Isu besarnya adalah ZINA. Anak luar nikah adalah hasil dari ZINA, pembuangan bayi adalah hasil dari ZINA! Lalu di manakah ubat ZINA ini? Ubatnya adalah agama. Kembalikan hidup beragama! Ulama' dan Umara' harus seiring, hidupkan syiar Islam. Peranan masyarakat, jangan membisu bila melihat kemungkaran di depan mata. Terapkan nilai-nilai agama melalui media. Hukuman adalah akibat dari perbuatan. Sebat di khalayak ramai mereka yang berzina, rejam mereka. Firman Allah taala yang bermaksud :
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." Surah an-Nuur ayat 2.

Apapun yang berlaku, 'pancangnya' adalah Allah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Setiap kita adalah pemimpin dan pastinya akan dipersoalkan kelak oleh Allah akan kepimpinan kita. Hanya ini saja jalan yang ada. Pasti ada cara untuk melaksanakannya. Command and do. Allah adalah pemerintahnya, kita adalah pelaksananya. Ikut akan perintahnya, pasti akan berjaya. Wallahua'lam.

Tuesday, August 24, 2010

Berniaga tidak sunnah mengundang laknat...

Petang,aku ke bazar lagi. Seperti biasa mencari juadah untuk berbuka. Maklumlah,orang bujang mana ada masa nak masak sendiri. Apalagi kalau tinggal di asrama, dapur masak pun tiada. Rambang mata juga kalau ke bazar pada bulan Ramadhan ni. Kalau boleh semua benda nak dibeli untuk berbuka. Inilah manusia, belum dapat semuanya sedap, semuanya rasa nak dimiliki. Tapi bila dah dapat, ambil sekadar keperluan je. Selebihnya dibazirkan sahaja...(macam mendalam je maknanya..huhu)

Aiseh, ke mana ye saya tadi. Ha, nak diringkaskan cerita, masuklah waktu berbuka bagi zon Bangi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Ni yang aku tak suka beli juadah berbuka kat bazar waktu bulan Ramadhan ni. Mesti ada je makhluk yang baru nak belajar memasak tumpang sekaki kat bazar tu, tak pun bulan Ramadhan baru nak memasak balik. Dahla harga mahal, cekik darah, pulak tu rasa pun tak sedap, ini kuih karipap ke tepung mentah? Ha, air pun tawar. Harap warna je gempak, buah naga konon, sedap lagi air sirap adik aku buat...getus sahabat-sahabat saya, geram gamaknya... Hai, baru berbuka dah macam-macam sumpah seranah keluar. Sabarla ye kawan-kawan;-)

Seusai solat tarawih, saya termenung seketika. Mungkin ada benarnya kata sahabat saya, "berniaga tidak sunnah mengundang laknat". Bukanlah berniaga itu sendiri yang tidak sunnah, tapi bila berniaga cuma berorientasikan keuntungan matearalistik semata tanpa mencari keredhaanNya, pasti akan mengundang laknat manusia. Contoh yang paling mudah, seperti di awal cerita tadi.

Memanglah 9/10 punca rezeki itu berpunca dari perniagaan. Sabda nabi, `Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana didalamnya ialah sembilan persepuluh daripada rezeki'. Tapi jika hendak berniaga biarlah kena gayanya. Itu baru cerita di bazar. Bagaimana pula dengan serbuan JAKIM di hotel-hotel yang menyediakan juadah berbuka? Berapa banyak hotel yang menggunakan arak sebagai salah satu dari bahan masakan untuk disajikan kepada umat Islam yang ingin berbuka puasa. Berapa ramai pula yang sudah sebati di dalam perut mereka dengan arak-arak itu? Fikir-fikirkanlah. Berniaga jika tidak berlandaskan sunnah, pasti akan mendapat laknat Allah. Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mengikut pengamatan saya, ada juga peniaga yang pada mulanya berjaya, contohnya kedai makan, tetapi kerana tamak untuk meningkatkan margin untung, mereka mengurangkan ‘ayam di dalam nasi goreng’ tetapi harganya tetap sama. Orang tidak lagi puas hati dengan kedai berkenaan dan berhijrah ke kedai yang bertaburan di tempat lain. Bukankah diri sendiri yang rugi? Keuntungan yang diperoleh hanya sekejap cuma. Usahlah terlalu tamak apatah lagi pada bulan mulia ini yang pahala sedekahnya dilipatkan berkali ganda.

Seharusnya para perniaga mengambil roh berniaga berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditegaskan baik di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Sebenarnya terdapat 500 hadis sahih Bukhari dan 370 ayat al-Quran yang menyentuh tentang perniagaan.

Firman Allah di dalam surah an-nisa' ayat 29, maksudnya :
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...

Mata pencarian terbaik adalah ialah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih. (Riwayat Al-Bazaar)

Rasulullah juga pernah bersabda:
Antara sekian banyak dosa, ada dosa yang tidak dapat dihapus dengan solat dan puasa. Sahabat baginda lantas bertanya, "jadi amalan apakah yang boleh menghapuskan dosa berkenaan?" Jawab Rasulullah: "dengan pahala dari bekerja mencari rezeki yang halal".