Menulis Untuk Mencetus Pengetahuan, Menulis Untuk Pencerahan Ilmu,Menulis Untuk Mencari Ilahi...

Saturday, August 20, 2011

Nak baca doa apa ni???

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’afwaa fa’fu’anni
“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampunkan maka ampunilah aku!”
Daripada Aisyah R.A. dia berkata kepada Nabi S.A.W., “Jika aku berasakan berada di malam lailatulqadar, apa yang mesti aku doa?” Baginda menjawab yang bermaksud, “Ucapkan doa (tersebut).”
Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850).

Ulama membicarakan mengapa perlu doa ini yang dibaca??? Kenapa tidak,bila bertemunya kita dengan malam yang dijanjikan Allah ini sebagai lebih baik dari 1000 bulan, kita tidak diajar supaya berdoa agar diberi kesihatan tubuh badan, kekayaan yang melimpah ruah, anak-anak yang soleh, negara yang makmur??? Kenapa??? Tidak pula kita diminta agar berdoa agar Islam terus menang dan gah di puncak kejayaan... Tapi Nabi mengajar agar kita membaca doa di atas...

Pernahkah kita berfikir, betapa semua perkara tidak berguna dan ada juga diantaranya yang tak mungkin dicapai sekiranya jiwa kita tidak disucikan dengan pengampunan daripadanya... Berapa banyak kaum yang Allah binasakan setelah mereka ingkar kepadaNya...Qarun juga dibinasakn walau sekaya mana pun ia...Fir'aun juga dicelakakan walau sehebat mana pun dia.. Begitu juga berapa banyak kaum yang Allah binasakan setelah mereka mengingkari nikmatNya..

Apa mungkin kita mengimpikan kesihatan dan kekayaan, andai pinjaman itu kelak akan dipersoalkan di hadapan Tuhan kerana kegagalan kita dalam menguruskan kesihatan dan kekayaan itu selari dengan fitrah yang selayaknya.. Mana mungkin kita beroleh negara yang makmur andai tidak ditadbir oleh orang yang sentiasa takut dan mengharapkan rahmat Allah...sedang pendapatan zakat kian bertambah,sedang itu juga kemiskinan semakin memuncak..yang kaya semakin kaya,yang miskin semakin miskin..rasuah semakin berleluasa,maksiat usah ditanya..bini mu bini ku jua!!!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..Apakah kamu mengimpikan anak-anak yang soleh? Benih yang buruk, mampukah dituai hasil yang baik?? Begitu juga andai kita mengimpikan agar Islam terus menang..kita bertanya-tanya sampai bila Islam harus ditindas..tapi apakah kita sedar yang kita sangat jauh dengan Islam..terlalu jauh..berdoalah apa saja,andai tiada keampunan daripadanya,apa mungkin dikabulkanNya???

Kerana itulah kita diajar agar berdoa sedemikian rupa bila bertemu malam al-Qadar..betapa Islam gemilang satu ketika dulu kerana doa mereka tidak terhijab..mereka sering memohon keampunan Allah..lalu di manakah kita??? Renung-renungkanlah...

Thursday, August 18, 2011

Tan Sri Harussani Pembohong!!!

Beberapa tahun sebelum ini,Malaysia digemparkan dengan kenyataan yang kononnya dianggap melampau oleh Tan Sri Harussani berkenaan isu pemurtadan umat Islam di Malaysia...bahkan ada yang melemparkan kenyataan bahawa apa yang diperkatakan oleh beliau sebagai satu pembohongan..namun setelah sekian lama,hal ini seolah telah dilupakan...
4 Ogos 2011,gereja pula diserbu oleh pihak JAIS...Gereja Methodist Damansara Utama ini diserbu atas tuduhan cuba untuk menyebarkan fahaman Kristian kepada beberapa individu Islam..lalu kali ini banyak pula kritikan yang dilemparkan kepada JAIS kerana kegagalan mereka untuk melaksanakan tindakan tanpa mengikuti prosuder sebenar..sejauh mana kebenarannya,wallahua'lam...
Pastinya dalam isu sebegini,akan ada yang membela dan membangkang..lalu pihak mana yang benar..pembela tindakan JAIS atau pihak yang membangkang tindakan ini???
Hari ini 18 Ramadhan,timbul pula isu baru..Ibu bapa perlu memantau anak-anak..terdapat guru-guru yang menyebarkan dakyah Kristian kepada anak-anak di sekolah..itu yang sempat saya lihat ketika berita disiarkan dikaca televisyen hari ini...selepas ini,entah isu apa lagi...
Saya tertarik dengan kenyataan seorang Ustaz mengenai isu ini..dalam satu artikelnya,beliau menyatakan kelemahan sistem pengagihan zakat antara punca mereka yang lemah iman dan ekonominya untuk mendekati agama lain yang lebih mesra dan prihatin terhadap mereka..sudah pastinya ramai yang bersetuju kerana manusia sememangnya mudah tertarik dengan orang yang memberikan perhatian kepada mereka..itulah antara uslub dakwah yang telah dipraktikkan oleh baginda Muhammad s.a.w..pentingnya daya tarikan..
Dalam satu artikelnya yang lain pula,beliau menyatakan Islam adalah agama hujjah..maka tidak perlu kepada tindakan JAIS seperti menyerbu gereja baru-baru ini..lalu beliau berkira-kira,andai kata agama Islam disebarkan di masjid-masjid luar negara (yang bukan negara Islam)..adakah mereka juga perlu diserbu oleh pihak berkuasa negara mereka???Menurut beliau lagi, sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS..
Mungkin ada kebenaran pada mereka yang mengemukakan hujah-hujah itu..namun,perlukah sehingga JAIS dihenyak ke dasar kerana tindakan jabatan itu sebagai jabatan yang menjaga perihal agama Islam di Selangor untuk bertindak sedemikian...ada pula blog yang langsung tidak memperkenalkan diri mereka di situ,lalu terpekik terlolong mendakwa JAIS dan polis-polis yang terlibat tidak tahu menjalankan tugas dengan betul..
Beginilah realitinya kita..sudah terhantuk baru nak tergadah..kita seharusnya peka sememangnya usaha dakyah sentiasa giat dilakukan untuk menyelewengkan akidah umat Islam..namun ini bukanlah satu usaha yang baru bermula sehari atau dua hari,namun telah bermula ribuan tahun dahulu...di awal pemerintahan Khalifah Islam juga sudah ada usaha seperti ini..buat yang buta sirah,Peperangan Islam-Riddah adalah buktinya..
Buat JAIS,mungkin silapnya konon tidak mengikuti prosuder yang sebenar..bahkan menyerbu rumah ibadah agama lain,mungkin itu yang dipertikaikan..golongan penguasa agama seharusnya lebih peka berkenaan perkara ini..saya pasti,tentunya ada hujjah yang relevan mengapa JAIS bertindak sedemikian..sekalipun tindakan kali ini dianggap kurang bijak oleh banyak pihak walaupun matlamatnya untuk mempertahankan akidah umat Islam...
Buat pihak yang hanya tahu melemparkan tuduhan dan tohmahan,sudah benar-benar menyelidik atau bagaimana???tidak salah memberi pandangan,namun jangan keterlaluan..kita berusaha untuk menjernihkan,bukan mengeruhkan..sudahlah sekian lama institusi agama diperlekehkan dan dipandang rendah..jangan nanti kelak di Malaysia,institusi agamanya juga akan terkubur..
Diharap dengan berlakunya isu seperti ini,kerajaan akan lebih mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap gerakan dakwah di Malaysia..kalau dulu kenyataan Tan Sri Harussani dianggap sebagai satu pembohongan,maka hari ini hal ini perlu dicerahkan kembali..diharap isu JAIS kali ini dapat membuka mata pemerintah untuk lebih peka terhadap perkara ini..bukan sekadar kita mendabik dada Malaysia sebuah negara Islam,tetapi seharusnya dipelihara dan diperkasa agar ianya tidak hanya menjadi kebanggaan semata-mata..Wallahua'lam..
p/s:dah tiba masanya pembahagian zakat dibahagi dengan seadil-adilnya...jangan salahkan agama lain semata-mata kalau umat Islam lari dari agamanya kerana kemiskinan yang melanda...

Wednesday, August 17, 2011

USTAZ RAMAI,TAPI TAK BERILMU...

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi (mencari ketenangan dan menginsafi diri)..jari jemari kurniaan Ilahi ini perlu dimanfaatkan kembali..
17 Ramadhan..pagi yang sungguh hening..seusai Qiamullail di masjid,saya bersahur bersama jemaah yang lain..subuh kali ini amat menggembirakan..manakan tidak..jemaahnya menyamai jemaah maghrib..Alhamdulillah..
Selesai solat subuh,al-fadhil ustaz memberikan ceramahnya..tenang sungguh bila melihat wajahnya..mungkin berkat amalan dan keaqrabannya dengan Allah,maka terpancar nur soleh pada dirinya..banyak pengisian yang saya terima pagi ini..
"Antara ilmu dan maklumat adalah 2 perkara berbeza..ramai orang yang hanya mempunyai maklumat,tapi tidak berilmu"..kata ustaz..
Lantaran itu saya teringat satu petikan Imam Al-Ghazali:"Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang apabila kita mempelajarinya,maka akan semakin dekat kita kepada Allah SWT"..
Ya,inilah sebabnya...kata-kata sahabat sepengajian benar-benar melukakan hati bagi penuntut ilmu Allah seperti saya..ketika sedang enak menjamu selera,kami bergurau dan berbual-bual mengenai isu dunia hari ini..lantas timbul isu mengenai orang-orang yang kononnya bergelar Ustaz,tapi sanggup melakukan banyak perkara terkutuk..tiba-tiba terpacul dari mulut seorang sahabat pengajian Islam :ahhh...Ustaz hari ni pun dah tak bolah pakai...masyaAllah..seorang pelajar Usuluddin bolah berkata begitu..seorang pelajar Quran Sunnah menyampuk dan mengiyakan kata-kata itu..di hadapan sahabat-sahabat dari jurusan lain,terasa sangat hina dengan kenyataan itu..sahabat-sahabat lain memandang saya.."ha,apa komen Imam Muda?"..sekadar senyuman kelat yang mampu saya lemparkan..senyum yang langsung tiada kemanisan di dalamnya..
Sehingga hari ini saya tertanya-tanya di mana silap kita..akhirnya kuliah subuh 17 ramadhan ini memberi jawapan buat saya..pada saya memang ramai Ustaz-ustaz di Malaysia..asalkan keluar dari Pengajian Islam,pondok-pondok,madrasah dan pesantren..maka dengan mudah mereka ini dipanggil Ustaz..ada pula yang langsung tiada asas pengajian Islam yang kukuh,tetapi berani mengajar berkenaan Islam,maka mereka ini juga dipanggil Ustaz...sebenarnya jika melihat kepada sistem pengajian hari ini,kita hanya ditawarkan untuk mempelajari maklumat agama,bukan ilmu agama..niat kita bila hadir ke kuliah-kuliah cuma untuk menggengam segulung ijazah yang membolehkan kita memperolehi pekerjaan yang bagus..seorang Ustaz...
Renung-renungkanlah kembali tempat kita..bukan gelaran ustaz itu yang harus dipersalahkan,tapi golongan yang hanya mengambil maklumat semata-mata tanpa mengira ilmu Allah yang luas itu untuk dimiliki..ilmu yang seharusnya bila dipelajari,maka semakin hampir kita kepada Allah..itu yang seharusnya dicari..justeru,memang ramai Ustaz hari ini,tapi ramainya adalah hanya bermaklumat,tapi tidak berilmu...
Wallahua'lam