Menulis Untuk Mencetus Pengetahuan, Menulis Untuk Pencerahan Ilmu,Menulis Untuk Mencari Ilahi...

Wednesday, September 8, 2010

Nota akhir Ramadhanku

Hari ini genap 30 hari umat Islam menunaikan fardhu Ramadhan.Terlalu cepat masa berlalu,esok pastinya menjanjikan hari lain untuk aku,kamu dan kita semua.Apa mungkin diri ini bergembira dengan pemergiannya?

Dalam kegembiraan insan lain untuk meraikan hari kemenangan esok,aku masih lagi tercari-cari di mana kegembiraanku yang sebenarnya. Di mana silapnya? Aku sendiri tidak pasti. Kegembiraan itu sebenarnya telah lama hilang dalam diriku.

"Tahun ni adik-adik perempuan beraya dengan mak ye, along dan ucu beraya dengan ayah". Seperti biasa, raya yang hadir langsung tidak membawa erti bahagia untukku. Semakin aku mencarinya, semakin aku sakit. Terlalu sakit. Ingin ku salahkan siapa? Segala yang berlaku sudah ditentukan. Pastinya sebagai anak sulong, keperitan dan bebanan adalah suatu yang hakiki untukku. Segala cita-citaku yang menggunung terpaksaku lupakan kerana bebanan ini. Aku tidak tega untuk melarikan diri dari masalah ini walau aku mampu untuk melakukannya.

Aku mungkin hanya mampu melemparkan senyuman palsu untuk eidul fitri kali ini. Gembira yang ada hanyalah kerana kepuasanku yang mampu meninggalkan Ramadhan dengan pengabdian ku pada Tuhan. Syukur, mungkin segala musibah ini adalah untuk mendewasakanku. Berapa ramai insan yang hebat itu bermula dengan permulaan hidup yang perit dan menyiksakan. Semuanya adalah tarbiyyah. Ilmu yang paling berharga pastinya pengalaman yang tidak mungkin mampu untuk dibeli walau di mana pun.

Pada Ramadhan yang bakal pergi, aku akan sentiasa menanti kehadiranmu nanti. Kemenanganku hari esok, pasti kan ku sambut dengan takbir dan tahmid ku kepadaNya. Biar betapa peritnya perjalanan hidup ini kelak, ia mesti diteruskan. Pencarianku hanya Tuhan...hanya Dia...

Selamat tinggal Ramadhanku..."Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza".

No comments:

Post a Comment